Nama  Hashimah Binti Mohamad
 Umur  32 Tahun
 Ahli  2017
Produk Membuat tempahan pakaian (Melayu Moden &    Tradisional, Track Suit, Kemeja, T-Shirt, Blaus   dan pelbagai jenis tudung wanita.

 Latar belakang

Puan Hashimah merupakan seorang ibu yang mempunyai dua orang anak dan seorang isteri yang sangat rajin. Dalam menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu beliau sangat komited terhadap kerja dan mempunyai citarasa tinggi dalam menyiapkan tempahan yang di tempah oleh pelanggan.rata-rata pelanggannya yang terdiri dari pelbagai peringkat umur sangat berpuashati dengan hasil tempahan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan memandangkan pelanggan hanya terdiri dari kenalan dan penduduk sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Niat pertama beliau ke Pusat Internet Pekan Naka adalah untuk membuat senarai harga tempahan pakaian untuk rujukan pelanggannya, Melalui kunjungan itu, beliau didedahkan dengan ilmu IT dan cara untuk mempromosikan perkhidmatan dan barangan usahawan. Beliau berminat dan terus mendaftar sebagai ahli PI. Setelah Berjaya mempromosikan perkhidmatan beliau di Facebook pendapatan beliau meningkat sekitar RM 1000 sehingga RM 2500 sebulan. Beliau juga memperolehi banyak ilmu dalam kelas yang dihadiri di Pusat Internet Pekan Naka.