1. MASHITAH BINTI ABDUL KARIM

 Nama :    Mashitah Binti Abdul Karim
 Umur :    31 Tahun
 Ahli :   2016
Produk :   Kek, Kuih dan Roti

Latar belakang

Cik Mashitah Binti Abdul Karim merupakan pelajar lulusan Ijazah dalam bidang pengurusan dan memilih bidang cake & bakery sebagai kerjaya. Minat beliau dalam bidang cake & bakery sangat mendalam dan beliau turut menyertai beberapa modul kursus membuat roti dan kek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM900 – RM 2000 sebulan.

 Nama :   Nor Liana Binti Zulkifli
 Umur :  19 Tahun
 Ahli :   2016
Produk :   Mempelan Asam Boi

Latar belakang

Nor Liana merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Naka dan berada di tingkatan 6. Beliau mempunyai 7 orang adik beradik dan menceburi bidang persilatan sebagai minat dan hobi. Beliau sering mewakili sekolah dalam aktiviti seni mempertahankan diri iaitu persilatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, pengetahuan ICT dan ilmu perniagaan adalah rendah dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM250 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan barangannya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM 400 sebulan.

CELIK IT - NUR HANNI QISTINA ZACMIC BINTI ZAKARIA

 Nama :   Nur Hanni Qistina Zacmic
 Umur :   10 Tahun
 Ahli :   2019

Latar belakang

Nur Hanni Qistina merupakan anak perempuan tunggal dari empat adik beradik. Beliau merupakan pelajar yang aktif disekolah. Sikapnya yang peramah dan suka membantu, menjadikan beliau disayangi oleh kawan-kawan dan guru sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah tahap kosong. Beliau tidak tahu menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah terlibat dengan PI, banyak ilmu ICT yang dipelajari dan beliau mampu mencari bahan rujukan  kerja sekolah dan telah menguasai banyak ilmu IT antaranya microsoft word dan power point.