1. SITI ZULAIKHA BINTI MOHD ROSDI

Nama  :   Siti Zulaikha Binti Mohd Rosdi
 Umur  :   25 Tahun
 Ahli  :   2018
Produk :    Char Kuey Teaw & Kek

 Latar belakang

Puan Zulaikha merupakan seorang yang sangat berbakat dalam bidang masakan,beliau mampu memasak pelbagai jenis masakan melayu, kek, dan kuih. Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang masakan, beliau bersama suami mengusahakan kedai makan. Antara menu yang paling digemari oleh pelanngan ialah char kuey teow.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, pengetahuan ICT adalah kosong. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan barangannya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM 3000 sebulan.

2. WAN SUHANA BINTI SULLEHHUDIN

Nama :  Wan Suhana Binti Sullehhudin
 Umur :  19 Tahun
 Ahli :  2019
Produk : Seaweep Chips

 Latar belakang

Wan Suhana merupakan pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Beliau merupakan anak sulung dari 6 adik beradik. Menjalankan perniagaan makanan kering Seaweep Chips yang kini menjadi fenomena atau kegilaan dikalangan masyarakat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mampu mencecah RM300 – RM 500 sebulan.

CELIK IT - Nur Shafizah Balqis Binti Mohd Sahhidan

Nama :   Nur Shafizah Balqis Binti Mohd Sahhidan
 Tahun :   2019
 Umur :  12 Tahun

 

Latar belakang

Nur Shafizah Balqis merupakan anak kedua dari tiga adik beradik dan sering mengunjungi Pusat Internet bersama kakaknya.  Selain datang ke PI untuk mencari bahan rujukan pembelajaran, beliau juga sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah kosong. Tiada pengetahuan dalam ilmu IT walaupun sekadar asas. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu setelah terlibat dengan PI, beliau telah mampu melayari internet dan menaip kerja sekolah.