1. NURUL SYAZWANI BINTI MOHD NASID

Nama

:   Nurul Syazwani Binti Mohd Nasid

 Umur :   19 Tahun
 Ahli :   2014
Produk :   Wonder Cheese, Perkhidmatan cetakkan       gambar Palaroid dan menjual Casing Telefon.

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar lepasan sekolah Menengah dan disebabkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau memilih untuk berniagaan sendiri secara kecil-kecilan disamping membantu keluarga menguruskan perbelanjaan harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM350 – RM 500 sebulan.

2. MOHD HAZRI NAZRIMI BIN ABDULLAH

Nama

:  Mohd Hazri  Nazrimi Bin Abdullah

 Umur :  21 Tahun
 Ahli :  2014
Produk :  Perniagaan Makanan Barat.

Latar belakang

Mohd Hazri Nazrimi merupakan anak bongsu dalam keluarga dan memilih untuk berniaga bagi membantu keluarganya. Beliau mengambil inisiatif untuk membuka kedai “western Food” memandangkan masih belum terdapat kedai seperti ini di Pekan Naka. Beliau cuba memberi kelainan dalam citarasa pengguna di Daerah tempat tinggalnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM 3000 sebulan.

CELIK IT - ANIS NABILA BINTI MUHAMAD

 Nama :   Anis Nabila Binti Muhamad
 Tahun :   2019
 Umur :  11 Tahun

 

Latar belakang

Anis Nabila Binti Muhamad merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarganya, oleh itu beliau sering ditemani oleh ibunya ketika melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet Pekan Naka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah kosong. Tiada pengetahuan dalam ilmu IT walaupun sekadar asas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu setelah terlibat dengan PI, beliau telah mampu melayari internet dan menaip kerja sekolah.