Tarikh         :    23 Oktober 2023 (Isnin)

Masa           :   3.00 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat       :    PEDi Pekan Naka

Peserta       :   Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :

Aktiviti word search dalam bahasa inggeris ini dapat menarik minat pelajar dan membuatkan mereka belajar perkataan baharu dengan cara yang menyeronokkan, seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan pelajar untuk mengenali nama-nama haiwan dalam bahasa inggeris.

 

Aktiviti :

Melalui tempoh masa yang diberikan pelajar berusaha mencari perkataan-perkataan yang disusun dengan pelbagai arah dan susunan seterusnya meningkatkan kelajuan pemprosesan pembelajaran.

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh         :    18 Oktober 2023 (Sabtu)

Masa           :   3.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat       :    PEDi Pekan Naka

Peserta       :   Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :

Petugas PEDi Pekan Naka mengadakan aktiviti STEM bagi menerapkan dalam diri pelajar iaitu kemahiran berkomunikasi dan berfikiran secara kreatif.

 

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat larva lamp dan straw plain serta kahoot yang berkaitan kedua-dua aktiviti tersebut.

 

Gambar di sini

 

Tarikh         :    02 Oktober 2023 (Isnin)

Masa           :   2.30 Petang Hingga 5.30 Petang

Tempat       :    PEDi Pekan Naka

Peserta       :   Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan :

Selain salah satu mata pelajaran pilihan yang wajib diambil bagi menduduki SPM, tujuan pelajar mengambil matapelajaran di sekolah adalah bagi melahirkan idea yang kreatif bukan sahaja untuk berkarya, tetapi juga bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Pendidikan seni juga membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan menawarkan peluang kerjaya. Jika kita lihat dengan mata yang luas terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan program dalam pelbagai jurusan seni dan reka bentuk dari peringkat sijil hinggalah ke doktor falsafah.

Aktiviti :

Pelajar mencari gambar dari internet , seperti bunga dan bangunan untuk dicetak keluar seterusnya ditampal pada kertas lukisan dan diolah secara terperinci mengikut arahan dari guru matapelajaran seni.

Gambar di sini

Tarikh         :    09 Oktober 2023 (Isnin)

Masa           :   12.00 Tengahari Hingga 1.00 Petang

Tempat       :    PEDi Pekan Naka

Peserta       :   Peniaga IKS

 

Tujuan :

Usahawan mempelajari cara untuk memperoleh penyata akaun mengikut bulanan secara atas talian, bagi membolehkan usahawan untuk membuat pinjaman perniagaan.

 

Aktiviti :

Dengan menggunakan online banking peniaga mengupload penyata akaun secara atas talian dalam bentuk file pdf dan memindahkan file berkenaan ke telefon pintar dengan menggunakan aplikasi whatsapp web.

 

Gambar di sini

Tarikh         :    23 September 2023 (Sabtu)

Masa           :   9.30 Pagi Hingga 10.30 Pagi

Tempat       :    PEDi Pekan Naka

Peserta       :   Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan :

Pelajar diberi pendedahan berkenaan ilmu sains iaitu Space Elevator dan The size of Space. Pelajar dapat mengenali objek di udara mengikut paras ketinggian tertentu.

Aktiviti :

Dengan melayari website nual.fun, pelajar dapat melihat pelbagai aktiviti sains dan teknologi.

Gambar di sini