Tarikh : 18 Januari 2024 (Khamis) Masa : 10.00 pagi hingga Tempat : PEDi Felda Bukit Tembaga Peserta : Penolong Pengurus |
Tujuan :
Kelas untuk penolong pengurus yang berlangsung di PEDi Felda Bukit Tembaga ini, diketuai oleh En Mohd Syahir memberi keterangan tentang cara mengendalikan email petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah kelas pengendalian email, cloud.onsecureax.com, pengendalian data (excel) dan mikrobit.
Tarikh : 09 Januari 2024 (Selasa) Masa : 12.00 Tengahari Hingga 1.00 Petang Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Belia |
Tujuan :
-
-
MyResume merupakan satu portal SPA bagi calon yang dipanggil untuk menghadiri temuduga dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
-
Aktiviti :
Pengguna mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam sistem MY resume. Antaraya adalah maklumat asas, maklumat akademik, maklumat pengalaman, maklumat kemahiran, dan lain-lain maklumat
Tarikh : 22 Disember 2023 (Jumaat) Masa : 9.30 Petang Hingga 12.30 Petang Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan :
-
-
Aktiviti STEM aiskrim goncang dibuat bagi memberi kefahaman kepada pelajar bahawa aiskrim boleh disediakan & dibekukan dalam masa yang singkat tanpa perlu memasukkannya ke dalam peti sejuk. Caranya adalah dengan menyejukkannya di antara ketulan ais yang direndahkan takat bekunya. Manakala straw tower pula bertujuan untuk menguji tahap bebanan buku yang diletakkan diatas menara straw.
-
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Ais krim Goncang, Straw tower, Kahoot ICT berdasarkan aktiviti STEM, Typing Rocket dan Jigsaw Puzzle
Tarikh : 05 Januari 2024 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :
-
-
Aktiviti yang dikenali pembelajaran melalui atas talian di laman sesawang sheppardsoftware.com ialah platform permainan atas talian yang terdapat banyak permainan yang berkait STeM-IoT dari pelbagai kategori yang boleh meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan kemahiran peserta.
-
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah aktiviti STEM/IOT iaitu build-a-dino, number Words - Fruit Splat, paint & make season (Winter) dan kahoot ICT.
Tarikh : 14 Disember 2023 (Khamis) Masa : 3.00 Petang Hingga 4.00 Petang Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :
-
-
Bertujuan untuk menguji kepantasan menaip mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu juga 10 fast fingersnjuga bertujuan untuk memberi kebiasaan kepada pelajar untuk menggunakan semua 10 jari seterusnya meningkatkan kelajuan menaip.
-
Aktiviti :
Peserta diberi masa selama 1 minit untuk menaip perkataan dalam bahasa inggeris dan syarat permainan ini, peserta dikehendaki menaip semula ayat yang diberi tanpa sebarang kesalahan, jika perkataan yang ditaip salah akan keluar tanda MERAH dan sekiranya ayat yang betul akan keluar warna HIJAU. Disamping itu petugas PEDi turut mengadakan aktiviti word search kepada peserta.