Tarikh         :   29 November 2023 (Rabu)

Masa           :   9.00 Pagi Hingga 1.00 Petang

Tempat       :   Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

 

Tujuan :

    • Persidangan PEDi Madani 2023 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.
       
      Bertujuan untuk mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi yang merupakan tulang belakang dan nadi penggerak kepada PEDi di seluruh negara. Antara kategori anugerah adalah Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka. 

      PEDi Kluster Padang Terap iaitu Puan Hayati Rejab dari PEDi Belimbing Kanan telah berjaya memenangi Anugerah bagi kategori Pengurus terbaik wilayah utara manakala Puan Shawani usahawan dari PEDi Kg Musa , Pedu, telah terpilih sebagai Ushawan Terbaik Wilayah Utara. TAHNIAH diucapkan pada semua pemenang.

 

Aktiviti

  • Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang persidangan tersebut iaitu sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi.

 

Gambar di sini