Tarikh : 02 Oktober 2023 (Isnin) Masa : 2.30 Petang Hingga 5.30 Petang Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan :
Selain salah satu mata pelajaran pilihan yang wajib diambil bagi menduduki SPM, tujuan pelajar mengambil matapelajaran di sekolah adalah bagi melahirkan idea yang kreatif bukan sahaja untuk berkarya, tetapi juga bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Pendidikan seni juga membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan menawarkan peluang kerjaya. Jika kita lihat dengan mata yang luas terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan program dalam pelbagai jurusan seni dan reka bentuk dari peringkat sijil hinggalah ke doktor falsafah.
Aktiviti :
Pelajar mencari gambar dari internet , seperti bunga dan bangunan untuk dicetak keluar seterusnya ditampal pada kertas lukisan dan diolah secara terperinci mengikut arahan dari guru matapelajaran seni.