1. Di Pekan Naka, terdapat empat buah institusi pendidikan yang rasmi iaitu :-
  2.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
  3.                                                       Taska/Tabika Perpaduan                                                     
  4. Tabika Perpaduan terletak berdekatan dengan pasar harian Pekan Naka.Sebanyak 131 orang murid taska didaftarkan. Pelajar tabika Perpaduan terdiri daripada kanak-kanak sekitar kawasan dalam lingkungan umur 5-6 tahun. Pendidikannya selaras dengan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Waktu operasi adalah hari Ahad sehingga Khamis. Manakala hari jumaat dan sabtu adalah hari cuti mingguan.

 

 

Sekolah Kebangsaan Naka                                                                     

 Sekolah Kebangsaan Naka (SKN)  

Sekolah Kebangsaan Naka telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 8.3.1954.Namanya diambil sempena nama tempat iaitu Naka.Sekolah ini sepenuhnya menerima bantuan dari kerajaan. Pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang berbangsa Melayu dan Thai dan merupakan sekolah terawal di kawasan Naka. Seperti sekolah rendah yang lain,  Pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak sekolah seperti, bilik sains ,bilik PPS,surau, kantin, makmal kemahiran hidup dan rumah guru. Terdapat dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang.

 
          Alamat                  : Pekan Naka Mukai Tekai Kanan 06350 Alor Setar, Kedah.
          Kod Sekolah         : KBA 7005
          Tel/Fax                 : 047852548 ,047852548
          Email                    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

 Sekolah Menengah Kebangsaan Naka

Sekolah Menengah Kebangsaan Naka (SMKN)

Sekolah Menengah Kebangsaan Naka atau nama ringkasnya SMK Naka,merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Naka Mukim Tekai Kanan. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka memiliki 421 pelajar lelaki dan 477 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 898 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru. Selain daripada kemudahan seperti makmal komputer, makmal sains, bengkel kemahiran Hidup, pusat sumber, surau,kantin sekolah ini turut menyediakan asrama bagi pelajar-pelajar sekolah yang berada diluar kawasan dan kuarters guru sebagai pelengkap keperluan guru yang berada di luar kawasan Naka.

Pelajar Sekolah ini terdiri daripada pelajar yang berbangsa Melayu dan Siam. Pelajar yang berbeza dari segi  latar belakang bangsa dan agama ini sering bersama-sama dalam meningkatkan prestasi sekolah samada dari segi Akademik mahupun kokurikulum. Oleh itu, tidak hairanlah SMKN turut tersenarai dalam senarai Sekolah Kelas A di daerah Padang Terap.

  

          Alamat                  : Pekan Naka Mukai Tekai Kanan 06350 Alor Setar, Kedah.
          Kod Sekolah         : KEA 7019
          Tel/Fax                 : 04-7851517 , 04-7851517
          Email                    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
          Laman Web/Blog : http://buletiniltizam.blogspot.my
 
 
nakarian
Institut Kemahiran Belian Negara (IKBN)
 
Institut Kemahiran Belia Negara Naka (IKBN) adalah salah satu usaha Kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan belia menggunakan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). Institut ini mula beroperasi  pada tahun 2010. Terletak di Naka Kedah Darul Aman. Pada 16 Julai 2012 Institut ini telah menerima kira-kira 61 pelajar baru termasuk tiga pelajar perempuan, dan setakat ini jumlah pelajar hampir mencapai 100 pelajar. Dengan bilangan pelajar ini diharapkan IKBN Naka menjadi Institut yang berjaya di Kedah.
 
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.
 
 
Highlights info row image   Mukim Tekai, Pekan Naka 06350 Kedah
Highlights info row image   047993000
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Senarai  Menteri Pendidikan Di Malaysia :-
 
- YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid(2015 - Kini)
- Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin (2013- 2015) & (2009 - 2013)
- YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh II (2013- 2015)
- Y.B. Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein (2004-2009)
- Y.B. Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Mohammad (1999-2004)
- Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (1995-1999)
- Y.B. Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim (1986-1991)
- Y.A.B. Dato Seri Abdullah Bin Hj.Ahmad Badawi (1984-1986)
- Y.B. Tan Sri Amar Dr.Sulaiman Bin Hj.Daud (1981-1984) & (1991-1995)
- Y.B. Tan Sri Musa Bin Hitam (1978-1981)
- Y.A.B. Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad (1974-1978)
- Y.B. Tan Sri Mohammad Bin Yaacob (1973-1974)
- Y.A.B. Tun Hussein Bin Onn (1970-1973)
- Y.B. Tun Datuk Patinggi Hj.Abdul Rahman Bin Ya'kub (1969-1970)
- Y.B. Tan Sri Kapten Hj. Addul Hamid Khan Bin Hj. Sakhawat Ali Khan  (1962-1964)
- Y.B. Dato Abdul Rahman Bin Talib (1960-1962) & (1964-1965)-
- Y.B. Tan Sri Mohd.Khir Bin Johari (1957-1960) & (1965-1969)
- Y.A.B.Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein (1955-1957)