LOKASI PEKAN NAKA

Pekan Naka merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Daerah Padang Terap, dengan nama mukimnya ialah tekai kanan. Pekan Naka terletak di timur Bandar Raya Alor Setar dan Bandar Baru Pokok Sena dan di selatan Kuala Nerang. Keluasan mukim tekai kanan adalah 25,339 (56 KM Per). Luas yang diusahakan adalah 22,698 dan terbiar, 2,641. Bilangan kampung utama adalah 16 buah, bilangan rumah adalah 1942 buah dan bilangan penduduk 8266 orang. Kebanyakan pekerjaan utama penduduk adalah pekebun kecil getah.

Pekan Naka merupakan sebuah pekan kecil terletak kira-kira 38 km dari Pusat Bandar Alor setar . Majoriti penduduknya adalah masyarakat melayu, manakala minoritinya adalah masyarakat Siam. Bercirikan sebuah Pekan yang sedang membangun, Pekan Naka turut di lengkapi dengan prasarana dan infrastruktur seperti sekolah, klinik, masjid, stesen teksi, pasaraya  dan beberapa kemudahan lain yang disediakan sekitar pekan Naka bagi melengkapkan keperluan penduduk sekitar atau penduduk berdekatan. 

 

TABURAN KAMPUNG YANG TERDAPAT DI PEKAN NAKA.

BIL  NAMA KAMPUNG  PENGHULU  LUAS (Hektar)   BIL RUMAH  BIL PENDUDUK 
 1.  Kg.Bendang Tok Teri  Nasrulsarafin Bin Ahmad Razi  21.065  100  250
 2.  Kg. Baru Naka  Muhammad Ashraf Bin Samsudin  11.987  123  529
 3.  Kg. Berdikari  Nasrulsarafin Bin Ahmad Razi  10.880  54  232
 4.  Pekan Naka  Muhammad Ashraf Bin Samsudin  26.164  157  675
JUMLAH KESELURUHAN 70.096 434 1686