Menurut kamus dewan (1994) Belia bermaksud muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi.

“Belia Harapan Bangsa”, “Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok”, “Belia Bersatu Negara Maju”, dan banyak lagi cogan kata yang telah dicipta dan dikhususkan secara langsung kepada golongan yang berstatus belia di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana belia merupakan golongan yang paling dominan dan berpengaruh dalam masyarakat serta mempunyai ketahanan yang tinggi dari sudut fizikal dan mental.

Hari Belia pada setiap 15 Mei mengingatkan kita kepada kepentingan belia sebagai generasi pelapis yang mampu mengukuhkan negara pada suatu masa nanti. Di Malaysia, individu yang berusia antara 15 hingga 40 dikategorikan sebagai belia. Jumlah belia kini dianggarkan sebanyak 11.9 juta orang, iaitu 41.5 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini. Golongan belia di negara kita yang hampir mencecah dua per lima daripada penduduk Malaysia harus diberi keutamaan sebagai pewaris negara dan kelangsungan kemajuan negara yang sedang kita kecapi sekarang. Walau bagaimanapun mengikut Dasar Belia Malaysia takrifan umur belia baharu pada tahun 2018 adalah 15 tahun dan sebelum mencapai umur 30 tahun.

 

Takrifan umur belia mengikut negara :-

 

NEGARA

 KATEGORI UMUR BELIA

 

 NEGARA

 KATEGORI UMUR BELIA

 Austria

 15 – 25 tahun

 Papua New Guinea

 12 – 35 tahun

 Australia

 15 – 25 tahun

 Philippines

 15 – 30 tahun

 Bangladesh

 15 – 30 tahun

 Republic of Korea

  9 – 24 tahun

 Brunei

 15 – 25 tahun

 Samoa

 15 – 35 tahun

 Canada

 16 – 23 tahun

 Singapore

 15 – 29 tahun

 China

 14 – 28 tahun

 Solomon Islands

 14 – 29 tahun

 India

 13 – 35 tahun

 Sri Lanka

 15 – 29 tahun

 Iran

 14 – 29 tahun

 Thailand

 15 – 24 tahun

 Indonesia

 16 – 30 tahun

 Timor Leste

 12 – 29 tahun

 Maldives

 16 – 35 tahun

 Tonga

 12 – 25 tahun

 Micronesia

  6 – 35 tahun

 United Kingdom

 14 – 25 tahun

 New Zealand

 15 – 24 tahun

 Vanuatu

 15 – 24 tahun

 Pakistan

 15 – 29 tahun

 Vietnam

 15 – 35 tahun

Sumber: Youth Policy Formulation Manual, United Nation; dan lain-lain agensi.