1. Meriam Yahaya

Nama :    Meriam Binti Yahaya
Umur :    42 Tahun
Keahlian :    2021
Produk

:    Penapis Air Coway

Latar belakang

Puan Meriam merupakan ibu kepada 4 orang anak yang pada mulanya bekerja di sebuah kedai makan bagi menjana pendapatan keluarga. Seterusnya beliau berhenti dan memilih perniagaan penapis air Coway sebagai bidang pekerjaan baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM2000 – RM 3000 sebulan.

 

CELIK IT  Q4 - Sunisa A/p Naarong

Nama :  Sunisa A/P Naarong
Umur :  17 Tahun
Keahlian :   2021

Latar belakang.

Sunisa A/P Naarong adalah pelajar yang aktif di sekolah, selain pelajaran akademik, beliau juga aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah tahap asas. Beliau tidak mahir menggunakan Microsoff word dan aplikasi lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah terlibat dengan PI, banyak ilmu ICT yang dipelajari dan beliau mampu mencari bahan rujukan  kerja sekolah dan telah menguasai banyak ilmu IT antaranya adalah cara menggunakan microsoft word dan cara menyimpan gambar dan maklumat dari google untuk tugasan sekolah.

 

CELIK IT  Q3 Dayang Syuhana Binti Mohamad Sahhidan

Nama :  Dayang Syuhana Binti Mohamad Sahhidan
Umur :  12 Tahun
Keahlian :   2019

Latar belakang

Dayang Syuhana Binti Mohamad Sahhidan merupakan anak ke tiga dalam keluarga. Beliau merupakan pelajar yang rajin dan bijak, sering aktif di sekolah. Penglibatan beliau dalam aktiviti kokurikulum sangat aktif di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah tahap asas. Beliau tidak mahir menggunakan Microsoff word dan aplikasi lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah terlibat dengan PI, banyak ilmu ICT yang dipelajari dan beliau mampu mencari bahan rujukan  kerja sekolah dan telah menguasai banyak ilmu IT antaranya microsoft word dan power point.

 

CELIK IT  Q2 Nurul Adillah Binti Abdul Rahman

Nama :  Nurul Adillah Binti Abdul Rahman
Umur :  18 Tahun
Keahlian :   2018

Latar belakang

Nurul Adillah Binti Abd Rahman merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Kediaman beliau tidak jauh dari Pusat Internet dan mengambil masa 5 -10 minit sahaja.Beliau menjadi ahli PIK sejak tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau menjadi ahli PIK dan belum terlibat dengan PIK , tahap pengetahuan ICT beliau adalah  kosong dan tidak tahu menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu cara melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah diperkenalkan dan menjadi ahli PIK, Nurul Adillah mengambil peluang penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti di pusat internet. Beliau kini mampu menggunakan komputer dan melayari internet dalam menjalankan urusan seharian.