1. Salwa Binti Wahab

Nama :    Salwa Binti Wahab
Umur :    45 Tahun
Keahlian :    2018
Produk

:    Jam Tangan Wanita & Produk Kesihatan.

 

Latar belakang

Salwa Binti Wahab merupakan seorang guru agama yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pedu, Padang Terap. Disamping itu, beliau turut berniaga secara online. Antara produk perniagaan beliau adalah jam tangan wanita dan produk kesihatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM1000 – RM 2000 sebulan.

 

2. Vikiawan A/p Fricher

Nama :    Vikiawan A/p Fricher
Umur :    21 Tahun
Keahlian :    2006
Produk

Serum rambut,bonquet bunga dan coklat, kepelbagaian jenis kek, brownies dan cookies

Latar belakang

Vikiawan A/p Fricher merupakan pelajar lepasan sekolah yang meminati bidang seni dan perniagaan. Oleh kerana terlalu minat dalam kedua-dua bidang ini, beliau bersama adik beradiknya yang lain mengambil keputusan untuk menggabungkan kedua bidang ini untuk menjana pendapatan keluarga. Antara produk perniagaan beliau adalah serum rambut,bonquet bunga dan coklat, kepelbagaian jenis kek, brownies, cookies dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM 1000 – RM 3000 sebulan.

 

CELIK IT Muhammad Ieshad Hafizd Bin Mohd Zaidi

Nama :  Muhammad Ieshad Hafizd Bin Mohd Zaidi
Umur :  12 Tahun
Keahlian :   2020

 

Latar belakang

Muhammad Ieshad Hafizd Bin Mohd Zaidi merupakan pelajar yang aktif di sekolah. Sikapnya yang peramah dan suka membantu, menjadikan beliau disayangi oleh kawan-kawan dan guru sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PIK, tahap pengetahuan ICT beliau adalah tahap kosong. Beliau tidak mahir menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah diperkenalkan PIK dan menjadi ahli, Muhammad Ieshad Hafizd mengambil peluang penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti di pusat internet. Beliau kini mampu mengendalikan komputer bagi membuat carian maklumat bagi menyiapkan tugasan sekolah