1. NAZRAH BINTI ABU BAKAR

Nama :    Nazrah Binti Abu Bakar
Umur :    34 Tahun
Keahlian :    2020
Produk

:    Tikar, Karpet, pakaian dan lain-lain

Latar belakang

Puan Nazrah Binti Abu Bakar merupakan seorang ibu kepada dua orang anak yang pada mulanya bergiat aktif dalam bidang politik seterusnya memilih berniaga sebagai profession tetap beliau. Beliau berniaga pelbagai barangan seperti Tikar/ karpet, pakaian, makanan serta Tanaman hiasan dan buah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM 1000 – RM 2000 sebulan.

 

2. MOHD AMRI BIN MOHAMAD

Nama :    Mohd amri Bin Mohamad
Umur :    31 Tahun
Keahlian :    2020
Produk

:    Kasut sukan, kaca mata, jam tangan,       beg wanita dan lelaki.

Latar belakang

Mohd Amri merupakan seorang usahawan muda yang membuat perniagaan secara langsung iaitumenjual kuih muih dan nasi lemak. Disamping itu, beliau turut berniaga secara online. Beliau giat aktif berniaga secara konsisten dan antara produk perniagaan online beliau adalah kasut sukan, kaca mata, jam tangan, beg wanita dan lelaki.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM 1000 – RM 2000 sebulan.

 

CELIK IT - MUHAMMAD ADIL HAKIM BIN MOHD ROMDZON.

Nama :  Muhammad Adil Hakim Bin Mohd             Romdzon
Umur :  12 Tahun
Keahlian :   2019

 

Latar belakang

Muhammad Adil Hakim merupakan anak ketiga dalam keluarga. Beliau merupakan seorang yang peramah dan sering menunjukkan minat dalam mempelajari sesuatu yang baru

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah tahap asas. Beliau agak ketinggalan dalam ilmu IT dan tidak tahu cara menggunakan Microsoft office serta aplikasi lain

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah terlibat dengan PI, banyak ilmu ICT yang dipelajarinya terutamanya cara menggunakan komputer dan internet.