Nama :    Chincira A/P I Set
Umur :    23 Tahun
Keahlian :    2017
Produk :    Produk Kecantikan

Latar belakang

Chincira merupakan pelajar lepasan SPM yang pernah bekerja di syarikat swasta dan menamatkan perkhidmatan demi menjalankan perniagaan sendiri bermula dari bawah. Beliau memilih bidang kosmetik bagi memulakan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM 1000 – RM 2000 sebulan.

 

Nama :    Mohammad Zahir Bin Nasir
Umur :    16 Tahun
Keahlian :    2014
Produk :    Buah-buahan tempatan

Latar belakang

Mohammad Zahir Bin Nasir merupakan pelajar Sekolah Aliran Agama dan memilih perniagaan buah-buahan tempatan bagi menjana pendapatan keluarganya. Antaranya ialah nenas, mangga, jagung, ubi dan tembikai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM900 – RM 2000 sebulan.

 

CELIK IT - NUR AISYA SAFIENA BINTI RIZAL ANWAR

Nama :  Nur Aisya Safiena Binti Rizal Anwar
Umur :   11 Tahun
Keahlian :   2019

 

Latar belakang

Nur Aisya Safiena merupakan anak ke dua dalam keluarga. Beliau merupakan pelajar yang aktif di sekolah. Sikapnya yang peramah dan suka membantu, menjadikan beliau disayangi oleh kawan-kawan dan guru sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah tahap kosong. Beliau tidak tahu menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah terlibat dengan PI, banyak ilmu ICT yang dipelajari dan beliau mampu mencari bahan rujukan  kerja sekolah dan telah menguasai banyak ilmu IT antaranya microsoft word dan power point.