Tarikh         :    17 September 2023 (Ahad)

Masa           :   3.00 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat       :    PEDi Pekan Naka

Peserta       :   Komuniti Pekan Naka

 

Tujuan :

MRSM merupakan institusi pendidikan di bawah MARA yang ditubuhkan pada Februari 1972 yang memberikan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada murid-murid Bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka. Bermula 15 september 2023 pelajar yang berminat boleh mula membuat permohonan secara atas talian melalui laman web https://mrsm.mara.gov.my/.

 

Aktiviti :

Melalui saluran maklumat dari guru sekolah, dan bimbingan petugas Pedi Pekan Naka, waris membuat permohonan untuk memasuki MRSM secara atas talian. Pemohon mengisi keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM akan datang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Oktober 2023

 

Gambar di sini